Tuesday, August 11, 2009

Kisah si Tukang Kayu

Tukang Kayu & Mungkar Nangkir...

Al kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yg mendapat menjaganya didlm kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalanya itu.. Lalu di tanya pada anak2 semua, "adakah mereka sanggup menjaganya didlm kubur nanti??" Lantas menjawab anak, "Mana mungkin kami sanggup menjaga mu wahai ayah kerana Pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.." Selang keesokan di panggil semua adik beradiknya & beliau berkata, "wahai adik2ku sekelian, sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti.. Bersama selama 40 hari didlm kubur yg ku hias indah seperti banglo mewah ini & aku juga akan memberi setengah dari hartaku kpd diantara kamu yg sanggup bersama ku.." Adik2nya pun menjawab, "Wahai abang ku adakah engkau sudah gila?? Mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu diatas bumi ini kan pula didlm tanah.." Lalu dgn sedih jutawan tersebut membawa diri kekamarnya.. Beliau masih bertegas dgn hajatnya yg ingin ditemani didlm kubur apabila beliau sudah mati nanti.. Di panggil setiausahanya supaya di warwar didlm akhbar & media akan wasiatnya itu & akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali kerahmatullah.. Kuburnya di hias indah & digali seperti sebuah banglo didlm tanah yg mempunyai kemudahan harian selama 40 hari & pada waktu yg sama seorang tukang kayu yg sgt miskin telah mendgr akan wasiat tersebut lalu
di beritahu kpd isterinya, "Apakah aku perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya??" Isterinya berkata, "Wahai suamiku apa la sgt menjaga mayat tersebut selama 40 hari di bandingkan kerja2mu didlm hutan bertemu harimau & hantu bajang ketika menebang kayu.. Lagi pun makanan disediakan.." Tukang kayu tersebut dgn tergesa2lah kerumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kpd waris jutawan tersebut akan niatnya.. Keesokan harinya di kebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendpt bantahan dari orang2 yg tahu akan agama.. Situkang kayu tu pun ikut sekali turun kedlm
tanah bersama kapaknya.. Setelah 7 langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka dtglah Malaikat Mungkar dan Nangkir kedlm kubur tersebut.. Si tukang kayu yg tahu serba sedikit pasal agama menyedari akan siapa yg hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.. Terfikir difikiran nya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir tetapi sebaliknya yg berlaku.. Malaikat Mungkar dan Nangkir telah menuju kearahnya & lalu berkata, "apa yg kau buat di sini?" "Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendpt setengah harta wasiatnya.." kata tukang kayu, "apa harta yg kau ada sekarang??" Tanya malaikat Mungkar dan Nangkir lagi.. "aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.." Jawab situkang kayu.. Malaikat Mungkar dan Nagkir bertanya lagi, "dari mana kau dapat kapak ni??" Situkang kayu menjwb, "aku membelinya.." Lalu hilanglah mungkar dan nangkir di hari pertama di dlm kubur tersebut.. Hari kedua di tanya pula, "apa yg kau buat dgn kapak ni?" "aku menebang pokok untuk di jadikan kayu api untuk di jual.." balas tukang kayu..Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut, "pokok siapa yg kau tebang dgn kapak ni kat hutan?" "mana ada orang punya pokok?" balas si tukang kayu.. "adakah kau pasti?" lalu hilang lagi malaikat Mungkar dan Nangkir.. Hari ke empat, "adakah kau potong pokok tersebut dgn kapak ini ukuran nya & beratnya sama untuk di jual?" "aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata," kata tukang kayu.. Lalu hilang & muncul mungkar dan nangkir tersebut selama 39 hari & soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.. Dan di hari terakhir ke40 datanglah Malaikat Mungkar dan Nangkir sekali lagi bertemu dgn tukang kayu tersebut.. Berkata Malaikat Mungkar dan Nangkir, "hari ini
hari terakhir aku bersama mu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini.." belum pun sempat Malaikat Mungkar dan Nangkir menyoal beliau, si tukang kayu tersebut telah melarikan diri ke atas & membuka pintu kubur tersebut.. Lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadiran nya untuk keluar dari kubur tersebut.. Situkang kayu tersebut dgn tergesa2 keluar & meninggalkan mereka semua & sambil berkata, "ambillah korang semua harta tersebut & aku tidak menginginkannya lagi.."Sampai di rumah, lalu si isteri berkata, "wahai suami ku di manakah setengah harta peninggalan j utawan tersebut??" maka jawab si tukang kayu, "aku tidak mahukannya lagi.. sedangkan harta aku yg ada kat dunia ini hanya kapak tapi apa yg di soal mungkar dan nangkir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini.. Apa akan jadi sekiranya
harta aku begitu Banyak.. Bagaimana dapat aku menjawabnya.."

0 coretan yang menyinggah: