Sempena menyambut Ramadhan...
kalau nak kejutkan org bangun tidur esp sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond
tp kalau still tak effect
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau bleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempabumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bg ambik bau sikit
tp kalau still tak effect gak
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin! hehehehehe
tp kalau still tak effect gak...ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya
Friday, August 14, 2009
Tips kejutkan org bersahur..
Contengan, tepekkan oleh lovelywitch at 8/14/2009 10:55:00 AMWednesday, August 12, 2009
Tips Lupakan si Dia..
Contengan, tepekkan oleh lovelywitch at 8/12/2009 05:34:00 PMBiasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.
Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.
Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.
Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.
Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.
Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .
Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.
Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.
Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.
Tuesday, August 11, 2009
Kisah si Tukang Kayu
Contengan, tepekkan oleh lovelywitch at 8/11/2009 12:04:00 PMTukang Kayu & Mungkar Nangkir...
Al kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yg mendapat menjaganya didlm kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalanya itu.. Lalu di tanya pada anak2 semua, "adakah mereka sanggup menjaganya didlm kubur nanti??" Lantas menjawab anak, "Mana mungkin kami sanggup menjaga mu wahai ayah kerana Pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.." Selang keesokan di panggil semua adik beradiknya & beliau berkata, "wahai adik2ku sekelian, sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti.. Bersama selama 40 hari didlm kubur yg ku hias indah seperti banglo mewah ini & aku juga akan memberi setengah dari hartaku kpd diantara kamu yg sanggup bersama ku.." Adik2nya pun menjawab, "Wahai abang ku adakah engkau sudah gila?? Mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu diatas bumi ini kan pula didlm tanah.." Lalu dgn sedih jutawan tersebut membawa diri kekamarnya.. Beliau masih bertegas dgn hajatnya yg ingin ditemani didlm kubur apabila beliau sudah mati nanti.. Di panggil setiausahanya supaya di warwar didlm akhbar & media akan wasiatnya itu & akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali kerahmatullah.. Kuburnya di hias indah & digali seperti sebuah banglo didlm tanah yg mempunyai kemudahan harian selama 40 hari & pada waktu yg sama seorang tukang kayu yg sgt miskin telah mendgr akan wasiat tersebut lalu
di beritahu kpd isterinya, "Apakah aku perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya??" Isterinya berkata, "Wahai suamiku apa la sgt menjaga mayat tersebut selama 40 hari di bandingkan kerja2mu didlm hutan bertemu harimau & hantu bajang ketika menebang kayu.. Lagi pun makanan disediakan.." Tukang kayu tersebut dgn tergesa2lah kerumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kpd waris jutawan tersebut akan niatnya.. Keesokan harinya di kebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendpt bantahan dari orang2 yg tahu akan agama.. Situkang kayu tu pun ikut sekali turun kedlm
tanah bersama kapaknya.. Setelah 7 langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka dtglah Malaikat Mungkar dan Nangkir kedlm kubur tersebut.. Si tukang kayu yg tahu serba sedikit pasal agama menyedari akan siapa yg hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.. Terfikir difikiran nya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir tetapi sebaliknya yg berlaku.. Malaikat Mungkar dan Nangkir telah menuju kearahnya & lalu berkata, "apa yg kau buat di sini?" "Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendpt setengah harta wasiatnya.." kata tukang kayu, "apa harta yg kau ada sekarang??" Tanya malaikat Mungkar dan Nangkir lagi.. "aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.." Jawab situkang kayu.. Malaikat Mungkar dan Nagkir bertanya lagi, "dari mana kau dapat kapak ni??" Situkang kayu menjwb, "aku membelinya.." Lalu hilanglah mungkar dan nangkir di hari pertama di dlm kubur tersebut.. Hari kedua di tanya pula, "apa yg kau buat dgn kapak ni?" "aku menebang pokok untuk di jadikan kayu api untuk di jual.." balas tukang kayu..Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut, "pokok siapa yg kau tebang dgn kapak ni kat hutan?" "mana ada orang punya pokok?" balas si tukang kayu.. "adakah kau pasti?" lalu hilang lagi malaikat Mungkar dan Nangkir.. Hari ke empat, "adakah kau potong pokok tersebut dgn kapak ini ukuran nya & beratnya sama untuk di jual?" "aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata," kata tukang kayu.. Lalu hilang & muncul mungkar dan nangkir tersebut selama 39 hari & soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.. Dan di hari terakhir ke40 datanglah Malaikat Mungkar dan Nangkir sekali lagi bertemu dgn tukang kayu tersebut.. Berkata Malaikat Mungkar dan Nangkir, "hari ini
hari terakhir aku bersama mu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini.." belum pun sempat Malaikat Mungkar dan Nangkir menyoal beliau, si tukang kayu tersebut telah melarikan diri ke atas & membuka pintu kubur tersebut.. Lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadiran nya untuk keluar dari kubur tersebut.. Situkang kayu tersebut dgn tergesa2 keluar & meninggalkan mereka semua & sambil berkata, "ambillah korang semua harta tersebut & aku tidak menginginkannya lagi.."Sampai di rumah, lalu si isteri berkata, "wahai suami ku di manakah setengah harta peninggalan j utawan tersebut??" maka jawab si tukang kayu, "aku tidak mahukannya lagi.. sedangkan harta aku yg ada kat dunia ini hanya kapak tapi apa yg di soal mungkar dan nangkir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini.. Apa akan jadi sekiranya
harta aku begitu Banyak.. Bagaimana dapat aku menjawabnya.."
GAMBAR BINATANG
Contengan, tepekkan oleh lovelywitch at 8/11/2009 11:15:00 AMKategori : AKIDAH Akhlak |
Tajuk : |
Elakkan Gambar-gambar Binatang |
Hadith : |
Dari Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata Aisyah:”Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah s.a.w kembali bertanya:”Bantal-bantal apakah itu?” Jawab Aisyah, “Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar.” Sabda Rasulullah s.a.w:”Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka:”Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!” Kemudian baginda bersabda:”Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu.” (Muslim) |
Monday, August 10, 2009
PTM
Contengan, tepekkan oleh lovelywitch at 8/10/2009 05:15:00 PMish..ish...cdihnye xdpt g intebiu..
malang sungguh hari intebiu yg ako dpt tu adalah tarikh hari ako menjalani operation ku..uu..
xde rezeki....nk bwat cane...=(
TEST DRIVE
Contengan, tepekkan oleh lovelywitch at 8/10/2009 04:25:00 PMKepada yang nak kawen. Ni ayat power terbaaaaaaek! Gagagaggag
SUSAH NYA NAK KAHWIN SKRG!
Juz sharing babe.... There is one incident which led to a POLICE CASE.... KURANG AJAR ABIS pasal hantaran TINGGI2..... :P
Emak kepada Minah : "Yerlah... anak saya blajar lulus universiti.... tak nak bilang baper... tapi biar lah patut-patut.... selalunya yang belajar
tinggi dalam lingkungan 10 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompan saya.... harap harap paham jerlah~"
Emak kepada Mat : "Saya paham maksud awak.... tapi saya harap awak pun paham lah yer... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."
Emak kepada Minah : "Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi yang tunggu..... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap..."
Mat : "Yerlah makcik.... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini.... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik.... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua BAIK.... Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!"
Gelak?? Terperanjat? This really happened da.... Sounds funny but if u were there confirm lost kejap.... what happened next was an UGLY scene.... bertikam lidah sampai 3 lelaki bengap datang step hero. Dorang pon kena maki terok ² dgn 'Emak kepada minah' tu.. (",)
Sesungguhnya zaman dah berubah, tiada lagi manusia kenal erti ijab kabul, yg diparaktikkan adalah martabat, pangkat dan darjat. Benar walaupun disekolahkan hingga menjadi seseorang yg berjaya, namun mereka lupa akan amanah yg dijanjikan sblm dikurniakan anak itu. Subhanallah.
P.S: kalau your parents ada plan buat ni mcm, suggest to them to advert via 'ClassiFied Ads'. Insyallah ada yg mampu & sudi 'melanggani' iklan anda
Mengenali kedai makan pakai pelaris haram
Contengan, tepekkan oleh lovelywitch at 8/10/2009 02:10:00 PMSekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "pelaris" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu,
eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Selain itu, cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan. Biasanya orang Islam akan letak Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah at-Talaq 2-3) di belakang cashier. Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2 square, number2, bintang2, macam maruku pun ada....
Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka akan letak wafaq di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk
(contohnya manusia, harimau, singa, burung etc). Pengurusan yang begitu cetek tauhid-nya akan tidak segan silu letak macam2 benda tidak baik dalam
makanan sebagai pelaris. Ini kerana orang yang cetek tauhid-nya (kurang percaya pada Hari Akhirat, Syurga, Neraka) akan sanggup lakukan apa sahaja dalam perkara yang melibatkan duit wang ringgit.
Dan pengurusan sebegitu pun tidak akan segan silu guna bomoh Islam dan tak-Islam untuk kenakan penyakit ganjil (contohnya busung etc) pada orang2
yang cuba bocorkan rahsia "pelaris" mereka.. Jadi berhati-hatilah sebab mulut santan binasa.
Semoga penerangan ini bermanfaat.
Sekian wassalam
Monday, August 3, 2009
busan
Contengan, tepekkan oleh lovelywitch at 8/03/2009 04:19:00 PMguin back to work
Contengan, tepekkan oleh lovelywitch at 8/03/2009 01:57:00 PMhr pertama bekerja ku habiskan dgn membaca beratus emel,bwt keje2 xberpekdah.hihi...ah..busan...

